fbpx

Pemilik kafe dirotan 30 kali kerana sedia tempat berasmara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah warung di kawasan Desa Gybubg Kerambil, Aceh Selatan. - Foto Tribun Medan

BANDA ACEH  – Seorang pemilik kafe dihukum rotan sebanyak 30 kali kerana menyediakan tempat untuk pasangan belia melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita Tribun Medan semalam.

Majlis Hakim Mahkamah Syariah Tapaktuan menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pemilik kafe berinisial RD kerana menyediakan tempat untuk pasangan muda-mudi bermesraan hingga melakukan hubungan yang hanya dilakukan oleh suami isteri di kafe miliknya di Ujung Tanah, Samadua, Aceh Selatan.

Ketua Hakim, Ervy Sukmarwati menyatakan tertuduh, RD terbukti menyediakan kemudahan untuk golongan belia melakukan perbuatan tersebut dan hukuman terhadapnya dijatuhkan pada Rabu lalu.

Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 5 November tahun lalu pada waktu malam dan pihak berkuasa agama menemui pasangan yang sedang bermesraan di kafe miliknya.

Pihak berkuasa juga menemui kondom di sekitar warung milik RD.

RD mengaku kafe miliknya terdapat beberapa pondok kecil berukuran 1 meter yang ditutupi kain terpal dan tanpa lampu dan dia menyesal di atas perbuatannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI