fbpx

Mahkamah: Kurang 48 jam bebas, “Datuk Roy” ditahan reman semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
"Datuk Roy" ketika dibawa reman di Mahkamah Majistret hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Tidak sampai 48 jam “Datuk Roy” dibebaskan dari reman berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) di Mahkamah Kuala Lumpur, lelaki itu ditahan reman semula selama empat hari.

Hari ini suspek yang berusia 54 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini sehingga Isnin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Perkara itu kemudian disahkan peguam Fahmi Abd. Moin, yang mewakili suspek ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Semalam ‘Datuk Roy’ yang direman selama tiga hari telah dibebaskan dengan jaminan SPRM Kuala Lumpur.

Penahanan reman di Mahkamah Kuala Lumpur itu adalah berhubung kes Jana Wibawa yang mana siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu media melaporkan SPRM menahan seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ pukul 3 petang yang mana suspek itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sebelum ini dilaporkan SPRM Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan program itu.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan lelaki yang dikesan dan dikenali adalah ‘Datuk Roy’ yang mana alamat terakhir suspek di Semambu, Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI