fbpx

Kadar zakat fitrah di P. Pinang kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah & Sumbangan Ihya Ramadan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 1444H/2023M di Tasek Gelugor hari ini.

SEBERANG PERAI – Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang pada tahun ini kekal seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM7, RM13 dan RM20.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman petang tadi.

Menurut Ahmad Zakiyuddin, jumlah terendah iaitu RM7 ditetapkan bagi kumpulan majoriti yang menggunakan beras ‘special’ tempatan lima peratus, ‘super special’ tempatan 10 peratus, beras tempatan standard, beras tempatan premium, beras hancur, beras merah atau lain-lain yang setara dengannya.

Katanya, RM13 pula dikhususkan untuk mereka yang menikmati beras wangi, beras pulut, beras rebus, beras import atau setara yang setara dengannya manakala kadar bayaran terakhir iaitu RM20 untuk mereka yang makan beras jenis basmathi, herba ponny, beras Jepun/Calrose atau yang setara dengannya.

“Tiga kadar zakat fitrah yang ditetapkan ini memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mereka dengan kadar yang lebih tinggi mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah & Sumbangan Ihya Ramadan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 1444H/2023M.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, pada tahun ini pula, ZPP telah menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.7 juta dengan 237 jumlah kariah dan pusat kutipan yang dilantik termasuk jumlah amil yang ditauliahkan seramai 1699 orang di seluruh Pulau Pinang.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadan peringkat negeri kepada 247 buah masjid dan surau Jumaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM263,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI