fbpx

Isteri ceraikan suami selepas pulang bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanson hanya merindui anak-anaknya ketika bercuti bersama rakan. - SWNS

LONDON – Seorang wanita di Britain menamatkan perkahwinannya selepas pulang dari percutian  selama 10 hari ke Greece, lapor akhbar New York Post semalam.

Stephanie Hanson pergi bercuti bersama beberapa rakannya  ke Kefalonia pada Mei 2022 untuk menyambut hari lahir ke-40.

“Saya mendapat kesedaran di hotel bahawa saya sengsara dalam perkahwinan selama ini.

“Saya mengalami detik bahagia bersama gadis-gadis itu dan pemikiran untuk pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama suami adalah mengerikan ,” kata Hanson kepada agensi berita South West News Service.

Menurut Hanson, kesedaran itu muncul semasa dia berada di tepi kolam hotel.

“Saya sangat merindui anak-anak tetapi tidak merindui suami saya. Saya berada dalam keadaan paling teruk sepanjang hidup saya dan sedar di rumah saya sengsara,” jelasnya. 

Setibanya Hanson di rumah, dia segera menamatkan perkahwinannya. Dia menganggap perceraian itu sebagai peluang untuk mengubah diri sepenuhnya.

Pada Julai lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama David melalui aplikasi temu janji Facebook Dating.

“Jika tidak pergi bercuti, saya masih terperangkap dalam perkahwinan dengan lelaki yang tidak lagi saya cintai, jadi untuk berada di tempat sekarang, saya lebih bahagia,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI