fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang bakal melanda tujuh negeri pada petang ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan antara kawasan berisiko adalah Kulim, Kedah serta beberapa daerah sekitar Pulau Pinang seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, bagi negeri Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

“Hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu sekitar Kuala Lumpur pada petang ini, manakala di Johor melibatkan Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya sebentar tadi.

Tambah MetMalaysia, bagi tinjauan cuaca di Sarawak dan Sabah, hujan serta ribut petir dilaporkan berlaku di beberapa bahagian negeri tersebut.

“Di Sarawak melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Di Sabah, antara kawasan terkesan adalah di bahagian Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu),” ujarnya.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan-kawasan terlibat yang berkuat kuasa sehingga pukul 8 malam hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI