fbpx

‘Hujan duit’ penuhi laluan pejalan kaki di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan beberapa keping wang kertas dijumpai berselerak sepanjang laluan pejalan kaki di ibu negara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak semalam rakaman seorang lelaki mengutip beberapa keping wang kertas yang berterabur di sepanjang laluan pejalan kaki.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Ampang, Kuala Lumpur berhampiran Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menerusi rakaman berdurasi 16 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan beberapa nilai wang kertas seperti not RM5, RM10, RM20 dan RM50 dikutip oleh seorang lelaki.

“Jangan tamak, tinggalkan untuk orang lain juga, baiklah nak pergi vakum sekejap,” ulas individu tersebut.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi berbeza dilontarkan oleh orang ramai.

Ada yang menggambarkan situasi tersebut seperti ‘hujan duit’ atau peristiwa ‘duit dari langit’ kerana secara tiba-tiba dijumpai berselerak sepanjang laluan pejalan kaki itu.

Namun, ada di antara mereka beranggapan kejadian tersebut merupakan satu ‘content’ media sosial yang sengaja dirancang oleh seseorang.

“Kalau nak buat ‘content’ kongsi rezeki, jangan la buang duit atas lantai, nak bantu orang jangan nampak pula yang dibantu itu seperti pengemis tanpa maruah,” komen Mohd. Shahrul.

“Daripada tabur macam itu, baik jumpa orang susah sedekahkan dengan cara lebih sopan dan beradab,” tegur Suriati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI