fbpx

Harimau Selatan percaya Gergasi Merah tidak ‘beri muka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON yang merupakan penggempur berbisa JDT dijangka cergas sepenuhnya untuk aksi menentang Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam ini.

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menagih khidmat mesin gol, Bergson Da Silva bagi menggempur benteng Gergasi Merah pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Penggempur berbisa kelahiran Brazil itu dijangka cergas sepenuhnya dan sedia diturunkan setelah direhatkan pada aksi liga sebelum ini ketika me­layan kunjungan Kelantan FC.

Solari menjangkakan pertemuan sengit apabila berdepan Selangor FC yang kini menduduki tangga ketiga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan seri sekali setakat ini.

Beliau berkata, skuad Harimau Selatan kini berada pada prestasi terbaik apabila menang semua perlawanan liga dan menghuni tempat pertama de­ngan 12 mata.

“Tidak dinafikan, Selangor FC sebagai pencabar utama JDT yang memiliki jurulatih berpengalaman, mereka beraksi di pentas final musim lalu dan ia satu perlawanan ‘besar’ buat pasukan.

“Kami juga mengakui, mereka akan memberikan tenta­ngan sengit dan percaya tekanan yang diberikan itu membuat kami lebih bersedia dengan melakukan persiapan rapi untuk perlawanan kali ini.

“Namun ia bukan mudah kerana pemain JDT perlu be­kerja lebih keras bagi mengekang asakan Selangor FC yang dilihat menampilkan ramai pemain berkualiti ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Solari turut berharap Endrick Dos Santos yang kini berada di prestasi terbaiknya akan terus membantu pasukan untuk melebarkan rekod kemenangan.

Beliau berkata, setakat ini pemain tengah itu sudah meledak tiga gol dalam tiga perlawanan liga setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI