fbpx

Dua rakan dicekup edar dadah RM849,192

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan antara dadah yang dirampas di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dua rakan diberkas selepas terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berjumlah RM849,192 dalam empat serbuan di sekitar bandaraya ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang diberkas dalam operasi yang bermula pada pukul 5 petang sehingga 9 malam itu berusia 32 dan 38 tahun.

Menurutnya, sindiket yang aktif sejak Disember lalu menjadikan rumah sewa berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan sebagai markas menyimpan dadah selain tempat membukus bahan terlarang itu.

“Dalam operasi itu, kita merampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu seberat 21.27 kilogram (kg), serbuk ekstasi (727 gram), ketamin (554 gram), pil ekstasi (110 biji), eramin 5 (48 biji) serta magic mushroom (56.30 gram).

“Nilai rampasan dadah adalah RM849,192 dan bekalan dipercayai diseludup dari negara segi tiga emas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menyita Toyota Vellfire, Proton Saga dan Yamaha LC selain jam tangan, wang tunai berjumlah RM1,730 menjadikan nilai keseluruhan sitaan adalah RM160,430.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif ketamin. Kedua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Jelasnya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 sehingga 21 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI