fbpx

Bank antara terbesar dunia, Credit Suisse pula goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO Credit Suisse dilihat pada salah satu cawangan bank berkenaan di Geneva kelmarin. -- AFP

ZURICH, Switzerland – Credit Suisse mengumumkan kelmarin bahawa ia akan meminjam hampir AS$54 bilion(RM243.38 bilion) daripada bank pusat Switzerland untuk mengukuhkan kumpulan konglomerat itu selepas harga sahamnya jatuh menjunam.

Pendedahan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Swiss National Bank berkata, tahap modal dan kecairan Credit Suisse adalah mencukupi, namun berjanji pihaknya akan menyediakan kecairan sekiranya diperlukan.

Dalam satu kenyataan, Credit Suisse berkata, pinjaman daripada bank pusat sehingga AS$53.7 bilion (RM242 bilion) akan ‘menyokong perniagaan teras dan pelanggan’ sambil menambah, pihaknya juga membuat tawaran pembelian balik ke atas hutang bernilai kira-kira AS$3 bilion (RM13.52 bilion).

“Langkah-langkah ini menunjukkan tindakan tegas untuk mengukuhkan bank Credit Suisse ketika kami meneruskan transformasi strategik untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan kami dan pemegang saham.

“Saya dan pasukan saya berazam untuk bergerak ke hadapan dengan pantas bagi menyediakan bank yang lebih mudah dan lebih fokus mengikut keperluan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse, Ulrich Koerner dalam kenyataan tersebut.

Credit Suisse dilanda pelbagai skandal sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyaksikan harga sahamnya jatuh menjunam kelmarin selepas pemegang saham utama, Bank Negara Saudi menolak untuk melabur lebih banyak dalam konglomerat itu.

Sahamnya jatuh lebih 30 peratus ke paras terendah sebelum kembali pulih untuk mengakhiri dagangan kelmarin dengan kejatuhan sebanyak 24.24 peratus.

Nilai pasaran Credit Suisse menerima tamparan hebat minggu ini berikutan kebimbangan bahawa kejatuhan dua bank Amerika Syarikat akan menular serta laporan tahunannya yang memetik “kelemahan material” dalam kawalan dalaman.

Credit Suisse ialah antara 30 bank global yang dianggap terlalu besar untuk gagal. Terbaharu, saham bank berkenaan meningkat  selepas berita pinjaman daripada bank pusat itu mengembalikan keyakinan pelabur –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI