fbpx

Tiada kelulusan projek kuil di Batu 7, Jalan Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norfiza (tengah) menerima serahan memo bantahan daripada penduduk setempat di Ibu Pejabat MPK.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak pernah memberi kelulusan mengenai projek pembinaan sebuah kuil tanpa izin di Batu 7, Jalan Langat, dekat sini, yang tular di media sosial.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, tapak itu diwartakan pada 28 April 2016 namun ia menetapkan syarat perlu mempunyai kawalan dan diselenggara persatuan agama.

Katanya, perbincangan dibuat beberapa kali dengan pemaju dan pihak kuil sebelum permohonan itu dibentangkan semula di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 9 September 2020.

“Permohonan itu ditolak selepas mengambil kira beberapa faktor seperti tiada kemudahan infrastruktur (jalan dan perparitan) sempurna dari jalan utama ke tapak mengikut spesifikasi Jabatan Kejuruteraan.

“Selain itu, ia meragukan kerana pembinaan kuil tidak di tapak tepat berdasarkan tiada perimeter jalan dan perparitan di lokasi yang dikhaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norfiza, pihaknya masih menerima bantahan penduduk setempat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat yang menganggap pembinaan kuil itu  tidak sesuai kerana kawasan berkenaan  didiami majoriti Melayu.

“Sebanyak 2,258 bantahan diterima setakat ini dan mereka mendakwa pelbagai masalah akan timbul kerana melibatkan penggunaan laluan utama di Batu 7 Sempadan.

“Notis peringatan memberhentikan aktiviti telah dikeluarkan pada 28 Februari lalu selain lawatan tapak melibatkan Ahli Majlis MPK, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPK) dan pemimpin setempat,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI