fbpx

Tak yakin punca orang bekerja sendiri belum mencarum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Mohammad Bakhtir (dua dari kanan) bersama Seh Yong memberi penerangan tentang manfaat caruman SKSPS kepada peniaga sayur. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Tidak yakin merupakan antara faktor masih ramai golongan bekerja sendiri belum membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang diperkenalkan.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir berkata, berdasarkan pemerhatian dan advokasi yang dijalankan kebanyakan individu bekerja sendiri ini tidak mempunyai masalah dari segi kewangan untuk mencarum.

“Caruman ini bukan suatu paksaan. Mereka tahu perlindungan yang disediakan dalam sektor formal, tetapi tidak yakin dengan manfaat yang mereka boleh dapat hasil mencarum.

“Pendekatan dari segi individu agak sukar dan pihak Perkeso memerlukan sokongan dari persatuan untuk mendekati golongan ini,” katanya pada sidang akhbar pada Program Jelajah Prihagin Perkeso bagi menyantuni orang ramai yang bekerja sendiri terugama pe jaja di Pasar Besar Seremban.

Menurut Nur Mohammad Bakhtir, statistik dari tahun 2021 sehingga Februari tahun lalu menunjukkan, seramai 38,950 orang bekerja sendiri di bawah 20 sektor telah mendaftar sebagai pencarum.

“Sektor perkhidmatan sokongan paling tinggi iaitu 5,373 orang diikuti sektor pengangkutan barangan dan makanan iaitu 4,083 orang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI