fbpx

Sultan Ibrahim harap peruntukan khas baiki infrastruktur, jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Persekutuan diharap menyalurkan peruntukan khas kepada Johor bagi membaiki infrastruktur awam dan harta benda awam yang rosak serta musnah akibat banjir yang melanda negeri ini sejak 1 Mac lalu.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, selepas dua minggu, masih terdapat banyak kawasan yang belum pulih sepenuhnya akibat bah terutamanya di daerah Batu Pahat.

“Beta ingin menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap rakyat yang terpaksa berdepan dengan musibah banjir yang sangat mencabar ini. Beta harap mereka sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan ini.

“Selepas bencana ini berakhir, Beta harap Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan khas untuk baiki pulih infrastruktur awam yang telah rosak dan harta benda yang musnah. Beta juga seru kepada orang ramai untuk hulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir supaya mereka dapat baiki rumah yang sudah rosak dan gantikan perabot dan alatan rumah yang telah musnah.

“Janganlah kita kedekut sangat kerana masalah banjir ini adalah kesan perubahan iklim dunia. Oleh itu, Beta gesa Bangsa Johor supaya membudayakan amalan mesra alam dan kurangkan pencemaran alam sekitar,” titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI