fbpx

Silinder radioaktif hilang di Thailand, pendedahan boleh akibatkan tisu badan mereput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa masih belum menemui kanister radioaktif yang hilang. – AGENSI

BANGKOK – Operasi  mencari silinder atau kanister radioaktif isotop Caesium-137  yang hilang di Prachin Buri dipertingkatkan selepas usaha tersebut tidak berhasil, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kelmarin pekerja- pekerja  dilengkapi dengan alat pengesan radiasi menggeledah kedai-kedai barangan  sekerap di daerah Si Maha Phot,  wilayah Prachin Buri,  tengah Thailand tetapi tidak menemui apa-apa.

Syarikat Loji Tenaga Nasional 5A menawarkan ganjaran 50,000 baht (RM6,534)   untuk maklumat yang membawa kepada penemuan semula kanister radioaktif tersebut. Tiub keluli itu hilang dari loji janakuasa di sebuah kawasan perindustrian.

Kanister itu mempunyai diameter kira-kira 2 inci  dan panjang 8 inci, manakala beratnya pula sekitar 25 kilogram.

Menurut portal berita  Thai PBS World, bahan radioaktif itu dilaporkan hilang semasa pemeriksaan rutin, menyebabkan syarikat itu membuat laporan polis.

Bahagian Kesihatan Kecemasan kini bersiap sedia  dengan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam, Opart Karnkawinpong bersiap sedia untuk langkah-langkah susulan apabila dan di mana bahan itu ditemui.

Beliau dilaporkan memberitahu jabatan  itu untuk menyediakan senarai pakar sinaran rariasi supaya turut berwaspada. Opart berkata,  hospital Nopparat Rajathanee dan Ramathibodi telah diarahkan untuk berkoordinasi dengan Bahagian  Kesihatan Kecemasan jika orang ramai terdedah kepada radiasi dan memerlukan rawatan.

Beliau menyatakan bahawa pendedahan singkat kepada bahan radioaktif  itu tidak akan memberi banyak kesan ke atas kesihatan seseorang, tetapi pendedahan berpanjangan kepada sinarannya  boleh membahayakan nyawa.

Kakitangan di loji janakuasa itu juga berkata,  bahan itu tidak akan memudaratkan kesihatan seseorang melainkan silinder itu dibongkar.

Sekiranya silinder dibongkar, Caesium-137 tidak kelihatan dan tidak berbau, menjadikannya sukar untuk menentukan sama ada seseorang telah terdedah. Apabila terdedah, badan akan mengalami nekrosis (pereputan tisu badan) akibat sinaran beta dan gamma.

Pejabat Atom untuk Keamanan, Permsuk Sutchapiwat memberi amaran : “Jika seseorang memecahkan silinder dan  apabila anda terdedah secara langsung, anda boleh terdedah kepada risiko kanser yang tinggi dan penyakit serius lain, jadi tolong jangan pecahkan silinder itu.” – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN