fbpx

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya percuma sehingga 31 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan ditawarkan secara percuma mulai hari ini bermula pukul 3 petang sehingga 31 Mac 2023.

Anwar berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Pembukaan MRT Laluan Putrajaya secara sepenuhnya di Depot MRT Serdang di sini hari ini.

Katanya, pemberian perkhidmatan percuma itu melibatkan keseluruhan laluan Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

Sementara itu, laluan terlibat meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Terdahulu, MRT Corp menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, MRT laluan Putrajaya ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI