fbpx

Operasi feri Kuala Perlis-Langkawi tidak jejas LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Kerja-kerja pengerukan alur pelayaran di perairan negeri ini dijangka siap sepenuhnya sebelum berlangsung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Izizam Ibrahim berkata, proses pengerukan bagi mengatasi masalah mendapan lumpur itu dilakukan kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Laut dengan kos kira-kira RM26 juta.

“Kerja-kerja pengerukan tersebut dijalankan sejak 21 Februari lalu dan selepas projek itu selesai, tiada halangan untuk syarikat perkhidmatan feri untuk merapat di terminal feri Kuala Perlis.

“Pengoperasian feri akan dapat ditambah dengan perkhidmatan turut dipertingkatkan bersempena penganjuran LIMA’23,” katanya pda sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Abu Bakar Hamzah (PN-Kuala Perlis) berhubung langkah atau keputusan dilakukan kerajaan untuk mengatasi masalah perkhidmatan feri ke Langkawi yang hanya dapat beroperasi satu trip sehari berbanding tiga atau empat trip pada tahun lalu.

Menurut Izizam lagi, faktor utama masalah perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi adalah disebabkan keadaan alur pelayaran yang cetek dan dipengaruhi fenomena pasang surut air.

“Perkhidmatan feri penumpang hanya selamat untuk beroperasi pada kedalaman air laut 1.6 meter dan ke atas dan jika feri berlayar di bawah paras 1.6 meter, ia akan memberi risiko kepada feri seperti terkandas atau perkara-perkara lain yang tidak diingini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI