fbpx

Liga Europa: Manchester United mahu jadikan Real Betis mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED membawa bekalan selesa untuk menentang Betis selepas mencatat kemenangan 4-1 di Old Trafford pada aksi pertama sebelum ini. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mahu barisan pemainnya melepaskan geram pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa menentang Real Betis di Stadium Benito Villamarin awal pagi esok.

Skuad The Red Devils masih berada dalam keadaan terluka apabila sekadar seri tanpa ja­ringan menentang Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu yang turut me­nyaksikan pemain tengah, Casemiro dilayangkan kad merah.

Justeru, Ten Hag percaya Uni­ted boleh mengubat luka tersebut pada pertemuan dengan Betis meskipun sudah memiliki kelebihan selesa selepas menang 4-1 dalam perlawanan terdahulu.

“Kami ada tempoh beberapa hari sebelum pertemuan dengan Betis, jadi saya harap pemain-pemain gunakan masa tersebut untuk buat persiapan terbaik bagi menebus kekecewaan ketika seri dengan Southampton sebelum ini.

“Saya percaya kami tidak ada masalah untuk bertemu Betis kerana kami memiliki pertahanan yang baik. Ia terbukti apabila kami tidak melepaskan gol ketika bertemu Southampton walaupun bermain hanya de­ngan 10 orang pemain,” katanya.

Sementara itu, bek tengah United, Raphael Varane sudah tidak sabar untuk beraksi menentang Betis kerana menganggap ia peluang terbaik buat mereka mendapatkan semula rentak konsisten.

“Selain kekalahan ketika bertemu Liverpool sebelum ini, saya fikir kami berada pada prestasi terbaik serta mencatat keputusan memberangsangkan. Saya harap kami boleh dapatkan se­mula keyakinan itu ketika bertemu Betis untuk mengharungi baki musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI