KERTAS nipis berbentuk watak adiwira, Batman ditekapkan ke atas kulit kambing yang telah dibersihkan dan dijemur. Proses tebukan setiap lorekan dan garis lubang dilakukan dengan cermat agar tidak merosakkan lukisan berukuran lebih kurang 10 inci tersebut. Biarpun tidak pernah berpeluang menonton persembahan wayang kulit, Chin Kong Lai, 30, tertarik untuk menyertai bengkel pembuatan wayang kulit kerana wujudnya watak kesayangannya itu. Menurutnya, kewujudan karakter-karakter terkenal budaya pop menyuntik rasa kedekatan pada dirinya terhadap seni warisan yang sinonim dengan masyarakat Melayu itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya