PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di negeri Perak dan Sarawak, malam ini.
MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam melibatkan beberapa daerah di dua negeri berkenaan.
“Di Perak melibatkan dua daerah iaitu Kampar dan Batang Padang.
“Di Sarawak pula melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang,” kata kenyataan itu, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE