fbpx

Ustaz Azhar Idrus ditahan hospital, masalah jantung bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pertemuan Muhammad Nuruddin (kiri) dan Azhar di sebuah hospital tular di media sosial, hari ini.

PETALING JAYA – Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, hari ini dilaporkan ditahan di sebuah hospital di Terengganu kerana difahamkan mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook beberapa penceramah terkenal tempatan, Azhar Idrus dipercayai telah dimasukkan di sebuah hospital di Terengganu sejak semalam.

Terkini, beberapa foto pertemuan dan lawatan pendakwah terkenal, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari bersama Azhar Idrus turut viral di media sosial.

Dilaporkan, keadaan penceramah selebriti dari Terengganu itu sudah semakain stabil namun memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.

Satu kuliah agama yang dijadualkan diadakan semalam di sebuah masjid Kampung Bukit Tadak, Kuala Telemong, Marang turut ditangguh kepada satu tarikh lain disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi Azhar Idrus.

Terdahulu, pada minggu lalu, ceramah Azhar Idrus terpaksa dibatalkan di beberapa negeri antaranya Selangor kerana dikatakan beliau tidak mempunyai tauliah ceramah.

Menjengah diruangan komen mendapati, ramai peminat penceramah yang sering menggunakan pendekatan komedi dalam setiap siri ceramahnya selama ini mendoakan kesihatan ustaz tersebut.

“Semoga Ustaz Azhar diberikan kesihatan yang baik dan kembali berdakwah seperti sedia kala,” ujar Farud Awang Ngah.

“Semoga Ustaz Azhar diberi kesembuhan oleh Allah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah,” kata Salina Ahmad Sofian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI