PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri sehingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia melalui kenyataan di laman sesawangnya memakulmkan, ia dijangka berlaku di negeri Sarawak dan Sabah.
“Di Sarawak melibatkan daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
“Manakala di Sabah dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE