fbpx

Zii Jia tepati ramalan tewaskan Thammasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia mudah mengenepikan cabaran pemain Thailand, Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah menewaskan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-12, 21-15 pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, pemain No.4 dunia itu turun dengan harapan cukup tinggi selepas tersingkir di pusingan kedua pada kejohanan Terbuka Jerman minggu lalu.

Meskipun bermula dengan agak perlahan di set pertama dengan membenarkan pemain lawan mendahului, namun pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu berjaya untuk bangkit sebelum menang 21-12 dalam tempoh 14 minit.

Memasuki set kedua, Zii Jia yang mendapat suntikan semangat hasil kemenangan awal tidak memberikan peluang kepada Thammasin apabila menguasai sebahagian besar permainan meskipun cuba diberikan saingan oleh lawan.

Walaupun Thammasin cuba untuk mengejar selepas ketinggalan 10-13, namun Zii Jia tetap fokus serta melakukan serangan demi serangan ke arah lawannya itu, sekali gus memastikan kemenangan 21-15 dalam tempoh 19 minit.

Untuk rekod, Zii Jia yang juga juara Asia pastinya mahu melangkah ke suku akhir pertama musim ini memandangkan dia sering terkandas di pusingan pertama dan kedua dalam empat kejohanan terdahulu.

Sementara itu, lawan Zii Jia di pusingan kedua esok bakal ditentukan pada pertemuan antara pemain Jepun, Kenta Nishimoto dan Brian Yang dari Kanada dalam perlawanan yang turut berlangsung hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI