fbpx

Uyaina Arshad nafi hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAHAYA mata sulungnya, Raja Urhan yang baru berusia enam bulan menjadi faktor Uyaina belum terfikir untuk mendapatkan anak kedua dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Uyaina Rashid menafikan khabar angin dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, dia akan berkongsi berita gembira tersebut jika benar berlaku.

“Sejak kebelakangan ini ramai yang tanya saya tentang kehamilan. Lebih-lebih lagi bila ada selebriti lain yang berbadan dua, jadi orang turut bertanya kepada saya.

“Jangan risau, jika ada berita baik saya akan kongsi kepada semua. Jika ada khabar gembira pasti saya akan cerita. Buat masa ini saya belum hamil lagi,” ujarnya pada majlis pertunjukan fesyen jenama Ariani, Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam..

Sementara itu tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa berkenaan, jadual kerjanya semakin padat, justeru dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

“Boleh dikatakan merancang juga. Anak pertama saya baru enam bulan dan jadual seni saya agak padat tahun ini, sekarang saya belum menerima tawaran lakonan.

“Tawaran berlakon itu ada tapi saya masih menapis dan mencari skrip yang berbaloi. Banyak yang perlu dipertimbangkan selepas bergelar ibu dan isteri.

“Kalau boleh saya mahu sesuatu yang berbaloi untuk kembali ke set penggambaran. Saya tak nak lakukan sesuatu yang buat penat sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uyaina meluahkan rasa syukur dipilih menjadi wajah Ariani untuk tahun ketiga.

Selain Uyaina, Datin Lisa Surihani dan Bella Dally juga turut dilantik sebagai duta jenama tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI