fbpx

UCL: Klopp masih lagi menaruh harapan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bakal turun menentang Real dengan motivasi yang sedikit terjejas ekoran kekalahan kepada Bournemouth Sabtu lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool berusaha untuk merea­lisasikan ‘misi mustahil’ menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Sta­dium Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Reds telah mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini apabila tewas 2-5 kepada juara bertahan itu pada perlawanan pertama di laman sendiri bulan lalu.

Selepas itu, Liverpool kembali bangkit pada aksi domestik de­ngan menewaskan seteru tradisi Manchester United 7-0 awal bulan ini, tetapi prestasi mereka tidak konsisten apabila kalah 0-1 kepada kelab tercorot, Bournemouth minggu lepas.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mencabar barisan pemain untuk kembali menutup mulut pengkritik dalam usaha meraih kemenangan dramatik sekali gus memastikan jurang defisit tiga gol dapat dipadamkan di tempat lawan nanti.

“Saya rasa semua orang percaya bahawa kami sudah tiada harapan untuk mara ke pusingan suku akhir selepas tewas pada aksi pertama yang lepas. Saya yakin itulah pandangan sebenar pengendali Real (Carlo Ancelotti) dan semua peminat di luar sana kerana defisit jaringan yang agak besar.

“Namun, saya harap situa­si berbeza dapat dilakukan oleh barisan pemain dan tidak keterlaluan untuk saya katakan pasukan akan turun ke sana dengan misi melakar kemenangan selain memburu tiga gol.

“Bukan mudah untuk bangkit selepas ketinggalan 2-5, tetapi tiada apa yang mustahil walaupun motivasi pasukan agak terjejas dengan keputusan tidak konsisten yang diraih ketika ini,” kata pengendali import dari Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI