fbpx

Tular video Tasik Kelana Jaya penuh dengan kiambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan di Tasik Kelana Jaya yang dilitupi pokok kiambang.

PETALING JAYA – Satu rakaman memaparkan keadaan sebuah tasik yang dilitupi dengan pokok kiambang tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 15 saat itu memaparkan pokok-pokok kiambang tersebut tumbuh di seluruh kawasan tasik berkenaan menjadikan tasik itu kelihatan seperti padang yang luas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tasik Kelana Jaya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan sekiranya ada pengunjung kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik itu kerana disangkakan padang.

“Ibu bapa tolong pantau, risau budak-budak takut ini padang,” kata Yumi.

“Jangan kata budak-budak, aku yang dewasa ini pun ingatkan itu padang,” kata Iman.

“Bahaya kalau budak-budak bermain di sini, itu bunga kiambang. Kalau di kedai ikan lima kuntum RM3, di sini cedok percuma saja,” kata Atipan.

“Ada anak sepupu saya meninggal lemas sebab ingatkan padang, pergi pijak terus tenggelam. Kejadian di lokasi lain,” kongsi Murni.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @haikalicious tampil menjelaskan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dan kawasan tasik juga telah diletakkan pita keselamatan.

“Saya mewakili kontraktor, Projek pembersihan secara besar besaran baru sahaja bermula. ‘Caution tape’ juga telah diletakkan supaya pengunjung tidak melepasi kawasan projek. Mohon doa agar projek berjalan lancar,” ciapnya.

Pada awal Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung melalu Twitternya memaklumkan pokok kiambang tersebut telah membiak sejak Januari lalu.

Katanya, perbincangan dengan pihak landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dilakukan dan kerja pembersihan akan dimulakan secepatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI