fbpx

Tolak ideologi ektremis, Islamofobia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan unsur Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak.

Menurut beliau, Malaysia komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif bagi mencapai tujuan tersebut.

“Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati ‘Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia’ pada 15 Mac.

“Ini bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh mulia dalam masa terdekat.

“Dalam menyambut bulan yang mulia ini, kita mesti mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia Madani dan menolak ideologi ekstremis sama sekali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI