fbpx

Sidang DUN: Melaka tolak telur dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Razak menjawab pertanyaan tambahan Mohd. Aleef mengenai isu telur import dari India pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, hari ini.

MELAKA – Telur import dari India tidak akan dibawa masuk untuk pasaran negeri ini kerana pengeluaran telur di peringkat domestik telah mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sebanyak enam juta biji telur dihasilkan setiap hari dan jumlah itu mencukupi untuk kegunaan domestik.

“Kita tidak ada masalah dengan bekalan telur malah pengeluaran di negeri ini mencukupi untuk kegunaan domestik dan setiap hari sebanyak enam juta telur dihasilkan, jadi kita memang tidak akan menerima (telur import),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Abdul Razak menjawab pertanyaan tambahan daripada Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai pendirian kerajaan untuk membawa masuk telur import dari India bagi kegunaan domestik.

Tambahnya, Melaka juga mampu menampung keperluan negeri-negeri lain melalui lebihan penghasilan telur yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI