fbpx

Semua penceramah agama perlu ada tauliah mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ia penting bagi memastikan masjid dan surau kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian.

Beliau berkata, sebagaimana sedia maklum, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Ia juga tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 dan pekeliling-pekeliling semasa.

“Peraturan dan kaedah itu bagi memastikan institusi tersebut ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI