fbpx

Selesema, sakit badan, Sullyoon tolak kerja hos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULLYOON

DISEBABKAN mengalami sakit-sakit badan dan selesema, Sullyoon terpaksa melepaskan tanggungjawab sebagai pengacara program Immortal Song.

Menurut kenyataan agensinya, JYP Entertainment, kesihatan pemilik nama lengkap Seol Yoon-ah itu tidak mengizinkan pada pagi 12 Mac.

Kemudian, dia disahkan mengalami selesema oleh pakar perubatan sekali gus terpaksa menarik diri daripada terlibat dengan penggambaran program tersebut pada keesokan harinya.

Meskipun semakin pulih sepenuhnya, pakar perubatan menasihati agar Sullyoon mengelak melakukan aktiviti berlebihan dan terus berehat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI