fbpx

Peruntukan PCG tidak pernah dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pkharuddin pada sidang akhbar selepas amanat sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024 di Kompeks E, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran di sekolah disahkan tidak pernah dikurangkan sebagaimana didakwa akan dilaksanakan mulai sesi baharu persekolahan 2023/2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) di mana menurunkan PCG ke sekolah-sekolah.

Katanya, dakwaan itu berkemungkinan ada kekeliruan kerana bantuan PCG didasarkan kepada angka pelajar yang ada pada setiap 1 Oktober pada satu-satu tahun.

“Jadi mungkin ada sekolah pada tarikh 1 Oktober itu bilangan pelajar kurang berbanding tahun semasa. Jadi, ada nampak pengurangan itu.

“Semuanya akan dapat 100 peratus dengan bilangan pelajar yang ada pada tahun semasa selepas kita buat kiraan penjajaran penyelarasan.

“Oleh itu tidak ada isu kerana perkara ini tidak pernah pun dikeluarkan secara rasmi oleh KPM,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis amanat sempena pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan peruntukan PCG Mata Pelajaran di sekolah didakwa dikurangkan lebih 14 peratus mulai sesi baharu persekolahan 2023/2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI