fbpx

Mesin layan diri IPR diperluas ke kampus, hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI (kanan) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencuba mesin layan diri ketika mengadakan lawatan ke tapak Mesin Layan Diri IPR di Stesen Bas Terminal 1 Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Kementerian Ekonomi menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melalui jualan melalui mesin layan diri yang diperkenalkan baru-baru ini akan diperluaskan ke lokasi yang dilihat menjadi tumpuan orang ramai seperti di kampus universiti dan hospital.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pemilihan lokasi-lokasi seperti itu mengambil kira ia sesuai untuk diletakkan makanan pada harga anggaran RM2 sehingga RM5 dan dapat memberi impak kepada orang ramai sekitarnya.

“Pada 21 Mac, ia akan dilancarkan di kampus universiti iaitu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam jadi kita akan pergi dari satu tempat ke satu tempat, permintaan itu memang terus masuk dari tempat-tempat yang menawarkan untuk beri ruang mesin layan diri ini.

“Hospital ada, pejabat swasta juga ada dan proses ini akan berterusan sepanjang masa. Memang itu perancangannya dan kita akan pergi ke tempat awam dan tempat-tempat yang ramai pengunjung,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Bas Terminal 1 Seremban di sini hari ini.

Rafizi berkata, pihak kementerian kini sedang memuktamadkan seberapa banyak lokasi di seluruh negara bagi diletakkan mesin layan diri berkenaan dengan sasaran 5,000 orang penerima mesin tersebut.

“Menjelang akhir tahun saya jangka permohonannya adalah mencecah sehingga puluhan ribu tetapi kita kena ukur kapasiti industri yang menyediakan mesin layan diri ini kerana setiap satu mesin pihak operator perlu mengeluarkan kos sehingga RM30,000.

“Kerajaan tidak beli mesin ini hanya keluarkan bayaran sewa dan modal itu perlu dikeluarkan oleh operator mesin layan diri ini dan sumbangan kerajaan kepada industri melalui IPR ini adalah dengan meningkatkan penggunaan mesin ini di seluruh negara dan akan memesatkan industri itu,” ujarnya.

Sementara itu katanya, dengan lebih banyak Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) IPR menerusi mesin layan diri ini ditempatkan di seluruh negara ia akan penuhi bukan sahaja permintaan penerimanya yang terdiri daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah dan miskin tegar tetapi juga boleh mempengaruhi penawaran makanan pada harga sekitar RM2 dan RM5 di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI