fbpx

Mainkan hati orang? Saya tak sekejam itu – Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANJI Khai, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam berbicara kerana bimbang ada yang tersalah anggap sekiranya dia bergaul mesra dengan mana-mana individu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar tampil menjelaskan situasi sebenar selepas namanya terpalit dengan dakwaan mempermainkan hati seorang wanita seperti yang didedahkan pengguna Twitter sekitar bulan lalu.

Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, 29, itu, dia sudah pun menyelesaikan isu tersebut secara baik dengan pihak yang terlibat.

“Kontroversi yang terjadi sebelum ini adalah salah faham sahaja. Apabila baca ciapan tersebut saya pun terkejut dan terus selesaikan secara baik.

“Saya tidak mahu salahkan siapa-siapa dan dia pun sudah padam ciapan tersebut.

“Apa yang penting saya tidak mahu ada masalah dengan orang dan alhamdulillah perkara tersebut sudah pun selesai,” katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar Majlis Buka Puasa Bersama Khai Bahar, semalam.

Ditebak mengenai keadaannya ketika berdepan dakwaan berat sebegitu, Khai mengakui dia berasa keliru dan tertanya-tanya mengapa dirinya yang harus menelan tuduhan tersebut.

“Apabila jadi sebegini, saya jadi keliru seperti otak ‘berterabur’ seketika. Semasa terjadi saya persoalkan kenapa jadi begini dan terfikir tidak mungkin saya sekejam itu.

“Saya juga ada hati dan perasaan seperti orang lain. Namun, perkara pun sudah selesai cara baik,” ujar penyanyi lagu Bayang itu.

Biarpun begitu, penyanyi yang pernah menyertai rancangan Immortal Songs Malaysia itu mengakui dia sememangnya mengenali wanita yang membuat dakwaan tersebut.

“Saya kenal individu tersebut, cuma ada salah faham yang terjadi antara kami.

“Kalau perkara tersebut dari salah sendiri, saya akan minta maaf tetapi jika sebaliknya saya akan selesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Meskipun nama terpalit secara tiba-tiba, Khai tidak menyesal dengan apa terjadi dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati selepas ini dalam berbicara.

“Saya tidak menyesal dengan perkara yang sudah berlaku cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Banyak juga teguran diterima daripada keluarga dan rakan-rakan menasihati agar jangan terlalu berkata-kata manis.

“Saya pula jenis cepat mesra dan rapat dengan seseorang jika mereka selesa bersama saya tetapi saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Khai memanas dalam Twitter selepas seorang wanita tidak dikenali memuat naik ciapan mendakwa penyanyi itu mempermainkan hati rakannya.

Wanita berkenaan turut mendakwa Khai meninggalkan rakannya tanpa alasan selepas menabur janji manis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI