fbpx

Lengan kanan hampir putus diserang kuda belang peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lengan kanan Clifton hampir putus selepas kuda belang peliharaannya bertindak menerkamnya di Circleville pada Ahad lalu. - Pickway County Sheriff's Office

COLUMBUS, Ohio – Seorang lelaki cedera apabila kuda belang peliharaannya menerkam lengan kanannya sehingga hampir putus, menyebabkan polis terpaksa menembak haiwan itu sehingga mati Ahad lalu, kata pihak berkuasa seperti dilaporkan Mailonline semalam.

Serangan ngeri itu berlaku sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan) di Circleville, Ohio dengan penolong-penolong syerif daerah Pickaway bertindak balas terhadap kejadian itu. 

Difahamkan, Ronald Clifton merupakan pemilik haiwan itu dan ia bertindak sedemikian bagi melindungi enam ekor kuda belang betina.

“Saya rasa ia mengoyakkan lengan saya,” kata Clifton, 72, ketika memberitahu operator talian kecemasan sebelum anggota yang bertindak balas dengan panggilan tersebut tiba di lokasi kejadian.

Rakaman kamera badan menunjukkan Clifton terbaring di atas tanah dengan kesakitan di sebuah padang yang berpagar sebelum dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kuda belang jantan besar itu terus bertindak agresif selepas ketibaan penolong-penolong syerif, yang menyebabkan seorang pegawai menembak haiwan itu. Menurut polis, ia adalah tindakan yang perlu dilakukan.

Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan tingkah laku agresif haiwan itu tetapi pegawai berkata, ia mungkin cuba melindungi beberapa betina kuda belang betina yang berada di padang yang sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI