fbpx

Kadar pembiayaan pencarum KWSP dijangka lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EWON BENEDICK (tiga dari kanan) menyerahkan hadiah kepada pemenang hadiah di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kadar faedah pembiayaan kewangan lebih rendah dijangka ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menggunakan caruman mereka dalam agensi tersebut sebagai cagaran kepada pihak bank.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff berkata, pihaknya bagaimanapun masih menantikan maklumat terperinci daripada kerajaan sebelum menawarkan pem­biayaan berkenaan.

“(Kadar faedah) sama ada lebih rendah atau setara dengan pembiayaan lain. Saya percaya akan ada penyelarasan di peringkat industri.

“Kami belum mengenal pasti ciri-ciri produk, bila sudah mendapat maklumat terperinci barulah kami boleh mereka bentuk penawaran buat pelanggan.

“Saya percaya kerajaan telah melakukan kajian terperinci dan kami menyambut baik cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pe­rasmian Minggu Teknologi Bank Rakyat yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini me­nyatakan hanya pencarum KWSP tertentu sahaja akan diberi pertimbangan untuk menggunakan caruman mereka sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan mendapatkan pembiayaan kewangan.

Sementara itu, Ahmad Shahril berkata, Bank Rakyat melancarkan tiga inisiatif digital baharu termasuk mod pembayaran tanpa tunai QR Pay dan platform lelongan online, E-Lelong Ar-Rahnu yang membolehkan pelanggan membida barangan kemas dan emas di mana-mana sahaja.

“Kami bekerjasama dengan AirAsia Rewards yang membo­lehkan mata ganjaran daripada Kad Kredit-I Bank Rakyat ditukar kepada AirAsia points untuk menebus kemudahan seperti pe­nerbangan, penginapan dan penghantaran makanan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI