fbpx

Kabel berselirat di Thailand, 5G di mana-mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan/AFP

KETIKA artikel ini diusaikan, pelbagai perihal dicatatkan. Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Aca­demy Awards ke-95.

Dari satu sudut pandang lain, berlaku insiden tidak terduga di Singapura apabila pelakon Kamal Adli cedera parah selepas diserang seorang individu tidak dikenali di republik tersebut.

Namun, bukan itu yang ingin dibicarakan sebagai fokal tulisan ini tetapi perkongsian mengenai kunjungan ke negara jiran Thailand secara spesifiknya, Hatyai.

Penulis berada di bandar tumpuan rakyat Malaysia itu selama beberapa hari dan tercetus persoalan tentang betapa ‘terke­belakangnya’ negara kita berbanding negara Gajah Putih tersebut dalam beberapa sudut.

Pertama, mata wang negara kita (ringgit) masih belum sembuh. Kalau dahulu, sehelai sing­let ‘bodoh’ boleh dibeli dengan hanya sekitar harga 80 baht, sekarang harga harga seunit item terbabit semakin melonjak-lonjak sampai mencecah 200 baht.

Dalam keadaan nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$), ini bukanlah satu petanda baik selain 100 baht kini hanya mempunyai nilai RM12.32.

Semakin rendah dan situasi tersebut perlu ditunjangkan de­ngan memperbanyakkan aktiviti pelancongan domestik.

Itu satu. Perkara lain adalah betapa maju liputan rangkaian di Thailand. Liputan 5G di mana-mana, sedangkan di Malaysia bahkan di Kuala Lumpur masih merangkak-rangkak untuk berderas seperti apa dibuktikan di Hatyai misalnya.

Berkunjung ke Pantai Samila, Songkhla, masih terpampang di skrin telefon rangkaian 5G. Pergi ke kawasan air terjun terpencil terletak di Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary juga ada dan laju.

Sejajar dengan liputan rangkaian 5G di Malaysia yang dikatakan meliputi lebih 47.1 peratus melibatkan kawasan berpenduduk setakat 31 Disember lalu seperti kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, ada perihal yang perlu dipantau secara holistik dan lebih ke hadapan.

Menurutnya, jumlah peratusan tersebut adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang diaktifkan Digital Nasional Berhad (DNB) tetapi belum boleh diakses pengguna.

Jelas beliau, setakat 31 Disember 2022, sebanyak 3,906 tapak 5G telah siap dibangunkan DNB di seluruh negara.

“Jika dilihat pada tapak 5G yang boleh diakses pengguna, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada 38.2 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk,” katanya.

Ironi di sini, Thailand disifatkan ‘hodoh’ dengan pemandangan kabel serta wayar yang berselirat di mana-mana termasuk bandar besar seperti Bangkok, namun liputan rangkaian 5G nampaknya sudah tersedia di mana-mana bahkan kawasan-kawasan ‘kampung’.

Sekitar bulan lalu, Fahmi memaklumkan mengenai hala tuju DNB, kementerian dikepalainya masih dalam proses meneliti dasar semasa pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Bukan menidakkan ‘persembahan’ atau prestasi mereka terlibat, namun timbul buah fikiran Malaysia terkenal dengan infrastruktur yang tinggi melangit namun 5G masih terkial-kial untuk ‘dipancarkan’ kepada rakyat.

Sedangkan Thailand yang ‘terkenal’ dengan kabel berselirat sudah ada liputan 5G di mana-mana.

Itu pencapaian yang perlu diperhalusi pihak bertanggungjawab selari dengan apa yang ‘divisualkan’ di mata dunia.

Kita ada bangunan megah seperti menara berkembar KLCC dan bahkan Merdeka 118 namun 5G masih satu ‘struggle’ atau kesulitan. Tepuk dada, tanyalah selera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI