fbpx

Juara dunia tersingkir awal All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik tewas rubber-set kepada Carnando-Marthin dari Indonesia di pusingan pertama All England sebentar tadi. - BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England apabila tewas mengejut di tangan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Beregu negara di ranking kedua dunia itu tewas 18-21, 21-14, 13-21 pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Arena Birmingham sebentar tadi.

Kekalahan itu sememangnya langsung tidak dijangka memandangkan Aaron-Wooi Yik tidak pernah tewas kepada pasangan No.11 dunia itu dalam empat pertemuan terdahulu antara mereka.

Kali terakhir Aaron-Wooi Yik menang ke atas Carnando-Marthin adalah sewaktu Indonesia Masters tahun lalu dengan keputusan 27-25, 21-14.

Lebih malang, ini adalah kali kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik tewas di peringkat awal selepas turut mengalami nasib sama terkandas di pusingan kedua Terbuka Jerman minggu lalu.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik turun ke All England sebagai pilihan kedua kejohanan selain memegang status selaku juara Kejohanan Dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI