fbpx

JPU terima 20 aduan ketidakpatuhan pemilihan sayap UMNO bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (empat dari kiri) bersama sebahagian kepimpinan UMNO Terengganu pada majlis memperkenalkan calon pemilihan peringkat negeri di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menerima kira-kira 20 aduan berhubung pemilihan parti di peringkat Pemuda, Wanita, Puteri di peringkat bahagian pada Sabtu lalu.

Beliau memberi jaminan kesemua aduan tersebut bakal diteliti dan disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023.

“Saya telah diberitahu oleh Pengerusi Lembaga Disiplin dan Pengerusi JPU (berhubung aduan tersebut).

“Siasatan akan dilakukan secara teliti untuk memuaskan hati pengadu-pengadu berkenaan di samping berlaku adil kepada sistem sedia ada,” katanya selepas ditemui selepas sesi pengenalan calon pemilihan peringkat Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklum balas awal, pemilihan tiga sayap pada peringkat bahagian terbabit tersebut tidak mencetuskan masalah besar.

Timbalan Perdana Menteri tersebut menjelaskan kebanyakan aduan tersebut hanya melibatkan ketidakpatuhan peraturan.

“Itu akan diselesaikan, begitupun pemilihan semula akan dilakukan bagi bahagian yang terlalu bermasalah besar,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi JPU 2023, Tan Sri Shahrir Samad menangguhkan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan Semporna selepas menerima aduan berkaitan ketidakaturan perjalanan pemilihan sayap tersebut pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI