fbpx

[VIDEO] ‘Gengster kampung’ jadi baik dalam klinik haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor angsa bernama Abu ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik haiwan.

PETALING JAYA – Perkongsian video oleh EmpireVet menimbulkan rasa ‘tidak puas hati’ dalam kalangan orang ramai apabila seekor angsa yang terkenal sebagai gangster kampung, berkelakuan baik ketika mendapatkan pemeriksaan di klinik berkenaan.

Empire Vet menerusi TikTok memberitahu, angsa yang bernama Abu itu tidak sihat kerana demam.

“Bila gengster kampung datang klinik. Masa tak sihat berani la datang dekat. Kalau masa nak sudu orang, kita angkat kaki dulu,” tulisnya pada kapsyen.

Orang ramai tidak ketinggalan mengulas tentang perkongsian tersebut kerana turut mempunyai pengalaman ‘ngeri’ membabitkan haiwan berkenaan.

“Trauma masa kecil. Gangster simpang hujung jalan ni,” kongsi Azizah.

“Demam tahu pula jadi baik, tak demam pantang lalu terus ligan,” komen Joe.

“Wah baik ya… takut jarum nampak?,” usik Geptshop.

“Tak tau nak gelak ke kasihan, sumpah comel! Semoga cepat sihat ya. Nanti boleh sendukkan orang lagi,” seloroh Rinilyana pula. – KOSMO! ONLINE

@empirevet Time tak sihat berani laa datang dekat, kalau time nak sudu orang, kita angkat kaki dulu 🤭#klinikhaiwan #klinikvetjohor #klinikveterinar #batupahat ♬ Funny Song – Cavendish Music

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI