fbpx

EPL: Manchester United tidak rayu kes Casemiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO terpaksa menjalani penggantungan empat perlawanan selepas mengumpul dua kad merah musim ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan pemain tengahnya, Casemiro yang dilayangkan kad merah pada aksi menentang Southampton Ahad lalu.

Pada aksi yang berkesudahan dengan terikat tanpa jaringan itu, Casemiro dilayangkan kad ku­ning pada minit ke-34 ekoran terjahan terhadap Carlos Alcaraz sebelum pengadil, Anthony Taylor merujuk Video Bantuan Pengadil dan membatalkan keputusan awal dan melayangkan kad merah.

United membuat keputusan untuk tidak mengemukakan ra­yuan dan pemain berkenaan bakal digantung empat perlawanan menyebabkan Casemiro terlepas aksi menentang Fulham, Newcastle, Brentford dan Everton.

Keputusan dibuat kelab itu kerana mereka tidak percaya mempunyai kes yang kuat untuk mengubah hukuman yang telah dikenakan terhadap Casemiro.

Bagaimanapun, bekas pemain Real Madrid itu masih boleh ber­aksi untuk United ketika mereka dijadual menentang Real Betis pada aksi kedua pusingan 16 pa­sukan terbaik Liga Europa awal pagi Jumaat nanti.

Sementara itu, pemain pertahanan, Raphael Varane meng­akui bahawa United terpaksa berdepan impak besar dengan kehilangan Casemiro, namun yakin para pemain lain memiliki kualiti untuk mengisi kekoso­ngan berkenaan.

“Dia adalah pemain yang pen­ting. Dia memberikan pasukan ini keseimbangan, tetapi kami masih mempunyai pemain lain yang mampu menjalankan tugas yang dilakukan Casemiro nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI