fbpx

Dewan Rakyat: KPKM sasar pengeluaran 150,000 tan metrik ikan air tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan pengeluaran sebanyak 150,000 tan metrik ikan air tawar termasuk patin, tilapia, dan keli pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin berkata, langkah itu bagi menjadikan sektor akuakultur ikan marin dan air tawar sebagai salah satu sektor utama untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR).

“Bagi memastikan subsektor akuakultur ikan air tawar menjadi salah satu sumber utama pendapatan penduduk tempatan, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah merangka strategi.

“Ia termasuk penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dengan memberi fokus kepada peningkatan pengeluaran akuakultur air tawar,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Hajah Salamiah Mohd. Nor (PN-Temerloh) tentang usaha untuk memastikan penternakan ikan air tawar menjadi salah satu sumber utama pendapatan kepada penduduk tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI