fbpx

CryptoData Aprilia RNF tidak sabar gegar Portimao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN

PASUKAN dari Malaysia, CryptoData Aprilia RNF dilihat tidak sabar membuka lembaran baharu menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 selepas mengakhiri kempen pramusim dengan langkah positif.

Pemilik dan ketua pasukan RNF, Datuk Razlan Razali berkata, dua pelumbanya Miguel Oliveira dan Raul Fernandez menamatkan sesi pramusim terakhir mereka di Portimao, Portugal dengan hasil cukup meya­kinkan untuk menghadapi 21 perlumbaan pada musim ini.

Kata Razlan, kedua-dua pelumba baharunya itu mempamerkan hasil cukup baik selepas memanfaatkan peluang sehabis baik dan hasilnya mereka berdua semakin serasi bersama jentera RS-GP.

“Ia adalah hari terakhir ujian pramusim kedua yang positif untuk kedua-dua pelumba kami iaitu Oliveira dan Fernandez. Mereka menunjukkan kelajuan dan rentak yang hebat pada sesi tersebut.

“Malangnya, ketika cuba mencatat masa lebih baik, kedua-dua pelumba mengalami kemalangan dan terpaksa meninggalkan rancangan untuk memburu rekod lebih pantas.

“Walaupun, ia bukan cara terbaik untuk menamatkan ujian tetapi lebih penting kedua-dua pelumba dalam keadaan baik dan semua sasaran yang ingin kami capai untuk hujung minggu ini telah dipenuhi.

“Saya gembira kerana mereka menunjukkan banyak potensi, kelajuan dan kepantasan. Jadi, saya harap kami mampu lakukan dengan lebih baik pada perlumbaan sebenar,” katanya.

Pada sesi ujian itu, pelumba kelahiran Portugal, Oliveira mela­kukan sebanyak 147 pusingan sepanjang dua hari dan menamatkan saingan di kedudukan ke-11. Menariknya, Oliveira hanya dipisahkan 0.616 saat dengan penyandang juara dari Ducati, Francesco Bagnaia.

Fernandez turut mempamerkan peningkatan apabila mencatat masa kelima terpantas keseluruhan pada hari Sabtu dan menamatkan ujian di kedudukan ke-16 keseluruhan, sekali gus bersedia untuk memulakan musim baharu dengan motivasi tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI