fbpx

Cik B makin tunjuk ciri kelakian? Ini jawapan Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rambut yang mudah gugur menjadi punca Cik B selesa tampil berambut pendek sehingga mengundang salah faham sesetengah pihak dirinya kini kelihatan semakin 'lelaki'.

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berlapang dada apabila sebilangan pihak menyifatkan anak daranya, Cik B kian menunjukkan sifat atau imej kelakian.

Pemilik nama sebenar Hasmiza Othman, 52, itu bagaimanapun mempertahankan anaknya dengan berkata, imej Cik B sekarang yang berambut pendek disebabkan kondisi rambut yang mudah gugur.

Vida juga berkata, barangkali persekitaran dan faktor sekeliling Cik B membuatkan dirinya sedikit ‘ganas’ berbanding remaja perempuan lain.

“Mungkin persekitaran Cik B yang ada adik lelaki ganas dan main bertumbuk-tumbuk dengan adiknya membuatkan dirinya seperti apa yang kalian lihat sekarang.

“Cik B juga seorang yang sangat bersikap melindungi (protective) akhirnya menyebabkan dia sedemikian sekarang. Dia jadi macam ‘ganas’ sikit.

“Imej rambut pendek dia sekarang ini bukan suka-suka tapi sebab (rambut) mudah gugur. Saya sendiri ada potong rambut dia tapi jadi tak elok. Itu yang dia pendekkan terus,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Sementara itu, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat tidak lama lagi biarpun mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang penyanyi rap.

“Saya tak kisah kalau Cik B nak jadi penyanyi rap tapi pelajaran nombor satu. Selepas ini, mungkin dia akan sambung pelajaran di AS.

“Saya tak nak dia jadi usahawan macam saya jual produk. Cik B suka bidang teknologi informasi (IT). Tak tahu lagi universiti pilihannya tapi apa dia nak, saya akan cuba usahakan.

“Kalau boleh saya nak dia belajar setinggi yang boleh. Lepas dah dapat ijazah dia boleh pulang ke Malaysia dan buat apa yang dia mahukan. Saya akan beri sokongan sepenuhnya asalkan memberi manfaat,” katanya lagi.

Terbaharu, Cik B muncul dengan single kedua selepas Tolonglah berjudul Doakan yang merupakan hasil ciptaan penuh oleh dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI