fbpx

Bekalan sayur cukup sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SABU (tengah) menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Nelayan Pengerang di Kompleks LKIM Pengerang, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan sayuran mencukupi sepanjang bulan Ramadan meskipun berlaku banjir di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah pun mengadakan pertemuan dengan pengeluar sayuran di kawasan utama di negeri ini, dimana memang terdapat penurunan pengeluaran sehingga 30 peratus ekoran banjir yang berlaku.

Katanya, bagaimanapun mereka kini sudah mula melakukan penanaman semula ekoran banjir yang telah surut.

“Kerajaan negeri Johor juga mengambil inisiatif membuat jualan hasil pertanian pada harga diskaun melalui program bazar rakyat agro Johor bertempat di 35 lokasi terjejas banjir yang melibatkan kerjasama FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pihak swasta,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Nelayan Pengerang di Kompleks LKIM Pengerang, di sini hari ini.

Mohamad berkata, dari segi pemantauan harga pula didapati peningkatan tidak ketara ekoran bekalan sayuran diperolehi dari negeri luar seperti di Selangor juga Negeri Sembilan.

Jelasnya, FAMA juga ada import dari Cameron Highlands, bawa tomato juga produk-produk berbentuk biji bukan sayur berdaun jadi tak perlu risau, di Johor kita juga ada bazar rakyat agro Johor yang akan berada selama 30 hari sepanjang Ramadan.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, anggaran jumlah kerugian pertanian akibat banjir di Johor akan diperoleh dalam tempoh sebulan selepas banjir pulih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI