fbpx

Baju Rosé hampir tercabut di atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSE

KONSERT jelajah dunia Blackpink, Born Pink baru sahaja melabuhkan tirai selama dua hari di Jakarta, Indonesia pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dalam keterujaan peminat menyaksikan kumpulan berpengaruh itu menjayakan persembahan di depan mata, berlaku satu insiden tidak terduga terhadap salah seorang anggotanya iaitu Rosé.

Semasa mempersembahkan segmen solo lagu Hard To Love, tak semena-mena tali baju penyanyi itu tercabut sehingga hampir mendedahkan tubuh badannya.

Nasib menyebelahi penyanyi itu apabila dia cepat bertindak dan memegang bajunya daripada terlondeh di atas pentas.

Dalam kekalutan, Rosé dibantu seorang penari lelaki yang cuba mengikat kembali tali bajunya dari arah belakang.

Biarpun berdepan kejadian tidak terduga sebegitu, dia tetap profesional dengan meneruskan nyanyian dan menghabiskan persembahan dengan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI