fbpx

Asap kebakaran hutan terbukti menghakis lapisan ozon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJIAN terbaharu mendapati asap kebakaran hutan bertindak balas dengan molekul atmosfera untuk ‘memakan’ lapisan ozon Bumi.

SATU kajian terbaharu mendapati bahawa kepulan asap tebal daripada kebakaran hutan yang memenuhi stratosfera boleh menghakis lapisan ozon Bumi.

Perkara itu dikatakan boleh berlaku akibat reaksi campuran beberapa kandungan kimia di atmosfera dan cahaya ultraungu.

Menurut ahli kimia atmosfera dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat, Susan Solomon, kejadian tersebut dilihat berlaku pada akhir 2019 dan awal 2020 apabila langit Australia bertukar menjadi hitam, digelapkan oleh kepulan tebal asap api yang mencecah ke stratosfera.

Dalam kajian baharu itu, Solomon dan rakan-rakannya membandingkan pemerhatian atmosfera terhadap klorin, ozon dan molekul lain berikutan kebakaran hutan Australia dengan simulasi kimia atmosfera.

“Selepas itu, data satelit mendedahkan bahawa asap itu bertindak balas dengan molekul atmosfera untuk ‘memakan’ lapisan ozon Bumi, tetapi bagaimana sebenarnya ia berlaku tidak jelas.

“Saintis telah mengumpulkan kepingan teka-teki kimia itu dan apabila berada di stratosfera, zarah asap dapat berinteraksi dengan gas stratosfera serta pelepasan berlarutan bahan kimia pemusnah ozon,” katanya.

Tambah Solomon lagi, sinaran suria dan kepulan berasap itu mengeluarkan radikal klorin, sejenis bahan kimia yang boleh menghakis lapisan ozon.

Jelasnya lagi, penyelidik menganggarkan peristiwa itu telah mengakibatkan penipisan lapisan ozon kira-kira tiga hingga lima peratus di bahagian Hemisfera Selatan pada tahun 2020.

“Itu adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan, tetapi ia menyaingi skala kesan pelepasan klorofluorokarbon yang juga menjejaskan lapisan ozon.

“Klorofluorokarbon pernah digunakan dalam penghawa dingin dan peti sejuk, tetapi pelepasannya ke atmosfera membawa kepada lubang besar pada lapisan ozon di kawasan Antartika,” ujarnya.

Kongsinya lagi, satelit juga telah mengukur banyak bahan kimia tertentu di stratosfera pada tahun 2020, bukan sahaja ozon, tetapi antara lain gas hidrogen klorida dan klorin nitrat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI