fbpx

AMK Perak selar kenyataan biadap Peja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaim Sidqi (tiga dari kiri) menunjukkan salinan laporan polis terhadap Ahmad Faizal di IPD Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menyifatkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai biadap apabila menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penipu dan peliwat.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, kenyataan Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat cukup angkuh dan tidak wajar sama sekali.

Katanya, kenyataan yang menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ahli Parlimen Tambun itu dibuat Ahmad Faizal ketika ucapan perbahasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Ahad lalu.

“Kami merasakan ucapan Peja ketika itu sangat biadap dan angkuh. Sudahlah, cukup-cukuplah, terimalah kekalahan di Tambun (pada Pilihan Raya Umum Ke-15), sekarang kita fokus untuk membina sebuah negara yang lebih baik di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah konsep Malaysia Madani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Zaim Sidqi, laporan polis tersebut dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekacauan malah menjejaskan kredibiliti Presiden PKR itu.

Katanya, Ahmad Faizal juga perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dilemparkannya itu.

Terdahulu, Zaim Sidqi menunjukkan kepada media klip video berdurasi 34 saat yang memaparkan Ahmad Faizal secara sinis menyebut Anwar yang menang di Tambun pada PRU-15 bukan sahaja penipu malah pernah digelar peliwat, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI