fbpx

Uqasha dedah cota besi libas Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uqasha memuat naik gambar senjata chota yang digunakan suspek ketika memukul Kamal Adli di Singapura, Ahad lalu.

PETALING JAYA – Uqasha Senrose memuat naik gambar cota besi digunakan oleh suspek yang memukul suaminya, Kamal Adli ketika berada di Singapura Ahad lalu.

Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen dalam sebuah video di Instagramnya berkata, dia terpaksa merahsiakan kedudukannya sekarang selepas serangan tersebut berlaku.

“Perkara jadi sekelip mata, kami terpaksa rahsiakan lokasi (sekarang) kerana dianggap seperti ugutan untuk membunuh, saya masih lagi trauma dengan kejadian itu” katanya.

Dalam nada yang sedih, pelakon itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi tentang kejadian tersebut dan menyalahkan mana-mana pihak.

“Orang lain jangan tambah cerita lain, jangan salahkan warga Singapura dan Malaysia, orang di sini (Singapura) ada menolong Uqasha di waktu kejadian.

“Uqasha dalam keadaan trauma selepas semua ini terjadi, satu besi di belakang kepala suami saya, memang niat dia untuk membunuh, bila tak dapat pukul bawah (kepala) dipukul pula di pipi diikuti badan,” ujarnya.

Menurut pelakon itu, dia dan suaminya memberikan kepercayaan penuh kepada pihak polis di Singapura yang menyiasat perkara terbabit.

“Kamal baru sahaja sedarkan diri, selepas buat pembedahan kepada, hari ini doktor akan mengenakan X-ray pada Kamal,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Uqasha Senrose mendakwa serangan seorang lelaki difahamkan warga Singapura terhadap suaminya, Kamal Adli bermotifkan cemburu.

Kamal Adli diserang dengan menggunakan cota (kapak India dengan pemegang panjang) sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan harus ditidurkan.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memaklumkan suaminya telah lama menjadi sasaran suspek untuk diserang sebelum kejadian tersebut berlaku malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI