fbpx

UCL: Kemelut prestasi semasa Inter Milan resahkan Inzaghi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMELU LUKAKU akan terus menjadi taruhan Inter untuk memburu jaringan menentang Porto di Stadium Dragao awal pagi esok. – AFP

MILAN – Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi menyeru agar barisan pemain kembali bangkit mempamerkan prestasi sebenar pada perlawanan kedua aksi pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara menentang FC Porto awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad Nerazzurri telah meletakkan sebelah kaki ke pentas suku akhir selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Portugal itu pada aksi pertama bulan lalu.

Namun, Inzaghi mengakui sedikit resah selepas pasukan dibelenggu kemelut prestasi apabila tewas mengejut 1-2 kepada pasukan di zon penyingkiran Serie A, Spezia pada aksi minggu lepas.

Jurulatih kelahiran Itali itu mahu pemain segera melupakan kekecewaan yang lepas dengan tumpuan penuh perlu diberikan sepanjang tempoh 90 minit dalam memastikan misi untuk melangkah ke kelompok lapan pasukan terbaik berjaya direa­lisasikan.

“Ini adalah cabaran buat pemain untuk buktikan keupayaan sebenar mereka di atas padang selepas gagal mencatat keputusan yang diharapkan pada aksi liga sebelum ini. Hanya mara ke suku akhir boleh mengubati kekecewaan tersebut.

“Saya harap siapa sahaja yang diturunkan dapat berikan seratus peratus di atas padang meskipun harus diakui Porto juga memiliki kualiti tersendiri seperti yang telah dipamerkan pada aksi pertama yang lepas.

“Namun, saya percaya kita memiliki pengalaman yang cukup kerana pada aksi peringkat kumpulan juga kita masih mampu merekodkan keputusan positif sewaktu menentang Barcelona di Camp Nou dan saya mahu momentum itu berulang sekali lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI