fbpx

Pulau Pinang perlu bayar caj air mentah dari Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Phahrolrazi pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa Kedah mempunyai hak untuk mengenakan caj kepada Kerajaan Pulau Pinang bagi air mentah yang diambil dari Sungai Muda.

Menurut Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi (Pakatan Harapan-Alor Mengkudu), adalah munasabah kerajaan negeri menuntut bayaran itu ekoran usaha pemuliharaan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kawasan hutan simpan di negeri ini terjaga.

“Apa yang berlaku dengan permintaan caj air mentah ke Pulau Pinang? Saya dengar ada panel peguam dan apakah statusnya?

“Pada saya adalah munasabah untuk Pulau Pinang membayar kepada Kedah.  Kita (Kedah) kena pelihara hutan (tadahan air), sungai kena jaga.  Semua ini mengeluarkan kos.

“Bagaimanapun, saya sedar bahawa tidak ada peruntukan daripada sudut undang-undang (untuk mengenakan pertuduhan),” katanya.

Beliau berkata demikian katanya ketika membahaskan usul Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keenam DUN di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Phahrolrazi berkata demikian ketika bertanya mengenai status panel peguam dilantik kerajaan negeri pada tahun lalu untuk menguruskan permintaan dari Pulau Pinang bagi penggunaan air mentah.

Bekas Pengerusi Amanah negeri itu menambah, permintaan tersebut adalah munasabah memandangkan rakyat Kedah terpaksa membayar air yang digunakan di negeri itu.

“Mereka (Pulau Pinang) sepatutnya membayar kerana kita (Kedah) menanggung kos memelihara hutan dan sungai, malah rakyat kita membayar air.  SADA (Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.) perlu membayar (untuk mengeluarkan air dari sungai).

“Tiba-tiba orang lain ambil air tanpa bayar.  Jadi, apa yang berlaku kepada panel (undang-undang)?” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI