GARA-GARA dikritik tidak mempunyai tubuh contoh walaupun pernah bergelar ratu cantik, Priyanka Chopra mengakui menangis ketika mengadu kepada suaminya, Nick Jonas.
Biarpun memahami evolusi tubuh seseorang wanita berubah seiring peningkatan usia, pelakon yang mencipta nama di Hollywood itu tetap berasa sedih apabila berdepan isu ‘body shaming’.
Katanya, sehari sebelum menghadiri sebuah acara di Los Angeles, seorang wanita menghampirinya dan menghamburkan kata-kata seakan mengejek tubuhnya.
“Wanita itu kata, tubuh badan saya bukan saiz contoh. Itu pengalaman yang membuatkan saya menitiskan air mata ketika bercerita kepada suami,” kongsi aktres tersebut ketika wawancara bersama Amazon Studios.
Mendengar cerita Priyanka, penonton di studio memberikan sokongan moral menerusi tepukan gemuruh sekali gus meminta dia tidak mengendahkan aura negatif sebegitu.
Aktres itu pernah bergelar Miss World 2020 pada usia 18 tahun.