fbpx

MotoGP: Marc Marquez anggap podium hanya mimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ menganggap prestasi jentera Honda masih hambar dan tidak banyak berubah berbanding ketika ujian di Sepang bulan lalu. – AFP

ALGARVE, Portugal – Pasukan Honda dilihat tertekan selepas Marc Marquez menyifatkan mereka masih ketinggalan dan tidak mampu untuk berada di podium apabila masih bergelut pada aksi pramusim di Portugal.

Juara dunia MotoGP enam kali tersebut menamatkan aksi pramusim hari pertama dan kedua di Litar Portimao dengan keputusan hambar apabila gagal me­nembusi 10 pelumba terpantas.

Pelumba Sepanyol itu menamatkan sesi ujian di kedudukan ke-19 pada hari pertama dan 14 pada hari kedua sekali gus menyifatkan jentera RC213V tiada peningkatan ketara berbanding di Sepang pada Februari lalu.

“Malangnya, beberapa perkara yang Honda jangkakan akan memberi nilai tambah di trek ini tidak berfungsi seperti yang kami jangkakan

“Kami menunggang jentera hari ini yang memiliki prestasi yang sama seperti di Malaysia.

“Apabila anda mencuba perkara yang berbeza setiap kali turun menguji jentera ini, pas­tinya keadaan menjadi lebih sukar untuk mendapatkan keputusan terbaik atau tunggangan yang lebih menyakinkan.

“Bagi saya jika prestasi di Portimao diambil kira, kami tidak boleh memikirkan tentang podium dan kami tidak boleh memikirkan tentang kemenangan sekalipun.

“Jika perlumbaan berlangsung esok, saya fikir Honda mungkin boleh bersaing untuk me­rebut tempat kelima hingga kese­puluh sahaja,” kata Marquez.

Bagaimanapun, Marquez ti­dak berputus asa dan akan memberikan yang terbaik untuk meletakkan Honda pada tahap terbaik semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI